Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 21, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Video-Lelaki berang ditegur bawa anjing duduk di lobi kondominium

Lelaki berang ditegur bawa anjing duduk di lobi kondominium

SHAH ALAM - Satu klip video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki sedang mengamuk dan memarahi seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Sungai Besi.

Menerusi klip video berdurasi 2 minit 49 saat itu, lelaki berkenaan berang apabila pengawal keselamatan terbabit menegur tindakannya yang membawa anjing peliharaan di kawasan lobi bangunan tersebut.

Bagaimanapun, selang beberapa minit, lelaki berkenaan ditenangkan seorang rakannya dan mereka berdua kemudiannya meninggalkan perkarangan lobi kondominium tersebut.

Sehingga jam 11 pagi tadi, video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Eiz Hafeiz sejak kelmarin mendapat 5,700 perkongsian dan 7,100 komen daripada netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan.

"Lelaki ini membawa anjing ke kawasan lobi kondominium kami di Taman Sungai Besi yang memang dilarang bukan sahaja dalam house rules tetapi juga dalam undang-undang kera…

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

putus telapak tangan kanan akibat bermain mercun

Remaja lelaki putus telapak tangan kanan akibat bermain mercun

BESUT - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun cedera parah dengan kesemua jari tangan kanannya putus akibat bermain mercun di hadapan rumahnya di Kampung Kubang Ikan di sini hari ini

Pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di daerah ini dipercayai bermain mercun yang masih belum dikenalpasti jenisnya bersama sepupunya pada pukul 5.30 petang.

Difahamkan ia merupakan kes mangsa mercun pertama di Terengganu pada bulan Ramadan ini dan kedua di negara ini selepas melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang cedera tangan kiri akibat bermain mercun bola di Sik, Kedah kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian, ibu mangsa berusia 40 tahun yang sedang menyiapkan juadah berbuka tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat di luar rumah.

"Letupan kuat itu kemudiannya diiringi jeritan oleh anak lelakinya. Dia yang segera keluar dari rumah dan terkejut apabila mendapat…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…