Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 22, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Suspek tembak monyet tak panggil ‘baby sayang’ ditangkap

23May2019/Perak

Suspek tembak monyet tak panggil ‘baby sayang’ ditangkap

Susulan video yang tular video 2(L) Melayu  ditangkap jam 2100hrs malam tadi di Sitiawan atas sebab penyalahgunaan senjata api dan membunuh binatang.

Hasil penelitian video tersebut, saspek ada mengeluarkan kata-kata seperti KALAU KAU TAK CAKAP BABY SAYANG AKU TEMBAK KAU SATU DUA TIGA sebelum melepaskan satu das tembakan.

Saspek pertama berusia 18 tahun mengaku telah ambil pistol bapanya ketika bapanya sedang tidur. Selepas melepaskan tembakan, saspek membuang bangkai tersebut ke Sungai Bota.

Polis juga merampas sepucuk pistol jenis Glock 380 Auto,hoster dan kad senjata atas nama suspek kedua(bapa kepada suspek pertama)..

#999Malaysia

Bahaya jemur pakaian dalam diluar rumah

KUALA TERENGGANU - Perbuatan seorang lelaki mencuri pakaian dalam dan selipar milik seorang wanita di sebuah kediaman di Kampung Ladang Titian di sini, berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian kira-kira jam 3 pagi, Isnin lalu berlaku ketika penghuni rumah berkenaan sedang nyenyak tidur dan rakaman CCTV yang memaparkan aktiviti tidak bermoral lelaki berkenaan mula disebarkan serta menjadi tular di media sosial, sejak semalam.

Video rakaman berdurasi 58 saat itu memaparkan dengan jelas seorang lelaki dewasa memakai kemeja T berwarna kuning perlahan-lahan memanjat anak tangga rumah berkenaan sebelum menuju ke arah pakaian yang sedang dijemur di beranda rumah.

Rakaman itu juga menunjukkan lelaki yang berselipar itu bertindak mengambil sehelai pakaian dalam wanita yang disangkut pada ampaian baju itu dan sebelum melarikan diri lelaki itu turut mengambil sepasang selipar dipercayai milik seorang wanita.

Sementara itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPKK) Flat Ladang Gem…

Tidak putus asa-Dua kali gagal pecah masuk rumah

Dua kali gagal pecah masuk rumah

SIKAP ‘tidak putus asa’ penjenayah yang mahu memecah masuk sebuah rumah sebanyak dua kali mengundang padah apabila dia diberkas polis, semalam.

Difahamkan, suspek lelaki warga Myanmar berusia 18 tahun pertama kali cuba memecah masuk sebuah rumah teres di Jalan Kapar, Kampung Sementa, di Klang, pada 4.30 pagi kelmarin.

Tindakan itu dilihat jiran di sebelah rumah yang juga adik ipar mangsa ketika sedang bersahur dan usaha menangkapnya gagal.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek sekali lagi dilihat di rumah berkenaan kira-kira 1 pagi semalam ketika cuba memecah masuk kediaman itu buat kali kedua.

“Adik ipar mangsa bersama penduduk kemudiannya berusaha menangkap suspek yang ingin melarikan diri.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap ketika berjalan seorang diri dalam keadaan mencurigakan oleh penduduk yang kemudiannya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya kepada Harian Metro.

Nurulhuda berkata, siasat…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…