Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 23, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

tekan minyak sebab saya nak lari daripada orang belakang, tendang kereta

KOTA BHARU - Suasana membeli belah di depan Bazar Buluh Kubu kecoh apabila seorang wanita memandu kenderaannya di kawasan laluan Pasar Malam Parit Dalam.

Menerusi perkongsian video berdurasi 1.33 minit oleh pelayar Facebook, Ma Ta Seven, wanita berkenaan berang kerana diserang sekumpulan lelaki dipercayai pengunjung di situ.

Ada yang bertindak merosakkan kereta wanita terbabit dengan menggunakan kayu dan kon kerana tidak berpuas hati dengan alasan yang diterima.

Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan menjerit dan mendesak agar pengunjung tidak mengapa-apakan kenderaannya serta berusaha untuk memberi penjelasan.

Ia diburukkan lagi dengan jeritan beberapa lelaki supaya memecahkan kereta yang dipandu.

Menerusi satu lagi perkongsian, wanita itu mendakwa dia sudah biasa melalui jalan ke pasar malam yang lazimnya boleh dilalui kenderaan.

Namun berbeza dengan kejadian pada malam tadi, apabila mendapati bilangan pengunjung terlalu ramai sehingga menyebabkannya terperangkap.

"Awak kena…

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.

Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.

Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:

◾Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja.  Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan  kemerah-merahan, dan sakit.

◾Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.

◾Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.

Rawatan kecemasan awal betul adalah:

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit  untuk hentikan lecuran daripada terus …

2 lelaki jual gari di Facebook ditahan Polis

2 lelaki jual gari di Facebook ditahan

KUALA PILAH: Polis menahan dua lelaki yang memiliki dan menjual gari secara haram di laman sosial Facebook, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok, berkata suspek pertama yang ditahan di Melang adalah penghantar barang berusia 21 tahun, manakala suspek kedua adalah jurujual berusia 24 tahun yang menyerah diri di IPD Kuala Pilah.

Katanya, siasatan awal mendapati gari itu yang dijual pada harga RM120 seunit, dijual kononnya sebagai kunci motosikal.

“Siasatan lanjut mendapati dua lelaki itu direkrut oleh seorang lelaki berusia 22 tahun untuk menjalankan urusan menjual gari melalui sebuah syarikat yang beroperasi di Perlis.

“Suspek kedua yang ditahan sudah menjadi ejen kepada syarikat tersebut sejak dua bulan yang lalu dengan bayaran sebanyak RM2,500 untuk menjadi ejen dan diberi stok sebanyak 60 unit gari,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Haslah berkata, suspek kemudian mencari beberapa jurujual untuk stra…

Update-SEORANG pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, Jelebu, maut

Tragedi pulang ke kampung

SEORANG pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, Jelebu, maut, manakala 24 penumpang dan seorang pemandu cedera selepas bas mereka naiki terbabit kemalangan di Jalan Kuala Klawang-Seremban berhampiran Bukit Tangga, dekat Seremban, hari ini.

Turut cedera, dua lelaki yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail yang terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul berkata, dalam kejadian 3.39 petang itu, 25 pelajar berkenaan menaiki bas awam dari Kuala Klawang menuju ke Seremban.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail yang dinaiki dua lelaki.

“Akibatnya, bas yang membawa 25 pelajar terbalik di kaki bukit, manakala SUV berkenaan terbalik di tengah jalan,” katanya.

Menurut Ibrahim, kejadian menyaksikan seorang pelajar Kolej Vokasional maut dan selebihnya cedera dan pa…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…