Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 25, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

applikasi untuk semak mileage kereta secondhand(recond) sebelum beli..

Industri recond car di Malaysia ni terkejut kena serang dengan Scrut.my.

Kebanyakan syarikat penjual kereta recond Jepun di Malaysia melompat!

Kenapa melompat?

Sebabnya mudah, bila pelanggan buat semakan Scrut, kebanyakan mereka sudah kena tipu!

Mileage dashboard 17,000, bila semak Scrut sebenarnya dah 52,000!

Salesman cakap;

"Kereta ini tiptop, orang Jepun pakai cermat, mileage rendah, you tengok pun tahu macam baru. Orang Jepun tak ada tipu punya"

Bila check Scrut report, naik remark R maknanya kereta tu pernah eksiden di Jepun sebelum ni.

Ya orang Jepun memang tak tipu, yang tipu tu kau salesman orang Malaysia.

Kepala bana.

Tapi nak buat apa dah? Sudah kena game.

Sistem Scrut ni memang jadi pengacau dan pemberi masalah kepada semua penipu penipu yang dah berakar umbi lama dalam industri kereta recond Jepun di Malaysia.

Tapi dalam masa yang sama, sistem Scrut ni akan menjadi pembela dan penyelamat sekian ramai pembeli/pengguna kereta recond Jepun di negara kita.

Para peni…

Curi lembu di LPT2 hanya salah faham

Curi lembu di LPT2 hanya salah faham

KEMAMAN 26 Mei - Kejadian kecurian lembu yang didakwa berlaku di Kampung Chabang, Kerteh berhampiran susur Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) oleh sekumpulan individu hingga tular di laman Facebook sejak malam tadi hanya salah faham.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya difahamkan kumpulan individu tersebut merupakan pekerja kontraktor LPT2 yang diarahkan oleh pengendali lebuh raya itu menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran bagi mengelak berlaku kemalangan.

Bagaimanapun, penduduk kampung yang ternampak kejadian itu menyangka kumpulan pekerja kontraktor itu cuba mencuri haiwan ternakan mereka lalu menahan pekerja tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Malam tadi, tular gambar yang memaparkan kumpulan individu yang ditahan penduduk kampung kerana didakwa mencuri lembu.

Menurut Mohd. Said, sehingga kini pihaknya belum menerima apa-apa laporan berkaitan kes tersebut. - UTUSAN ONLINE
.
.
#999Malaysia

Anjing menyalak jadi penyelamat

Anjing menyalak jadi penyelamat

“SAYA mendengar anjing menyalak berhampiran tong sampah berkenaan sebelum memeriksanya,” kata pengawal keselamatan yang menemui bayi yang ditinggalkan di dalam tong sampah di Ampang Jaya, hari ini.

Bayi lelaki yang masih hidup itu ditinggalkan di dalam tong sampah di hadapan kedai serbaneka di Jalan 4/6B, Pandan Indah sebelum ditemui kira-kira 6 pagi oleh lelaki berkenaan.

Dia yang enggan dikenali berkata, kebiasaannya anjing di kawasan itu tidak akan menyalak dengan kuat terutama pada waktu pagi.

“Curiga dengan keadaan itu saya kemudian memeriksa tong sampah sebelum mendengar tangisan bayi yang sangat kuat.

“Namun saya terkejut melihat bayi lelaki yang masih hidup di dalam tong sampah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, pekerja kedai serbaneka, Siti Norain Mohd Alias berkata, kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum pasukan perubatan tiba.

“Bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan dibalut menggunakan kain berwarna biru dan dilapik …

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…