Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 10, 2019

Video-Saji ayam goreng berulat, restoran diarah tutup

Tinder, We chat dan Grindr punca peningkatan penularan penyakit berjangkit dari hubungan seks

Anda tahu Tinder, We chat dan Grindr?

Itu merupakan antara aplikasi “dating” yang popular masa kini yang dikatakan menjadi punca peningkatan penularan penyakit berjangkit dari hubungan seks.
.

Baru baru ini WHO telah menyatakan kebimbangan mengenai jutaan kes jangkitan STD setiap tahun.

Menurut laporan tersebut, pada 2016,
✔️ 127 juta individu di jangkiti Chlamydia
✔️ 87 juta dijangkiti Gonorrhea
✔️ 6.3 juta dijangkiti Sifilis
✔️ 156 juta dijangkiti Trichomoniasis

Ramai pakar bersetuju bahawa aplikasi “dating” membuatkan seks lebih mudah diakses. Hanya dihujung jari, pasangan seks boleh dicari dengan begitu mudah dan pantas.

Kenyataan ini disokong oleh survey yang dilakukan oleh California Department of Public Health yang mendapati peningkatan jangkitan Sifilis sehingga 40% bagi pengguna aplikasi dating.
.

Walaupun penyakit ini boleh dirawat, ramai yang tidak menyedari telah dijangkiti kerana tidak mempunyai gejala yang jelas.

Ia boleh menyebabkan komplikasi semasa kehamilan dan bole…

Berperwatakan Lelaki kopiah, berkain pelekat sembah tokong ditahan

Suspek menyerah diri di IPD Kerian pada jam 5 petang semalam
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€³πŸΌ✍🏼................................


BAGAN SERAI - Seorang lelaki Cina yang mencetuskan kontroversi melalui laman sosial Facebook apabila menyembah tokong dengan berpakaian kain pelekat dan berkopiah di Tanjung Piandang dekat sini baru-baru ini, ditahan polis petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lelaki terbabit berusia 43 tahun dan berasal dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang dekat sini, ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini pada jam 5 petang.
Menurutnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut susulan satu laporan polis dibuat terhadapnya oleh wakil Jawatankuasa Masjid Jamek Tanjung Piandang pada jam 2.20 petang, 7 Mei lalu.
"Bagaimanapun, tiada rampasan dibuat ke atas suspek kerana pakaian dipakai oleh suspek seperti dalam klip video yang tular dalam laman sosial telah dialihkan dan dibuang oleh individu tidak dikenali.
&q…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…