Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 16, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Tikam isteri sehingga mati

Lelaki mengamuk tikam isteri hingga mati

KOTA KINABALU: Tidak cukup menikam isterinya hingga mati, seorang lelaki turut membakar rumah kongsi pekerja sebuah kilang di Jalan Teluk Likas, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Ayang Hamjani, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas, akibat kesan tikaman pada tubuhnya.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh jiran yang juga rakan sekerja mangsa selepas terdengar suara pergaduhan antara mangsa dengan suaminya dipercayai akibat masalah rumah tangga, kira-kira jam 2 pagi.

Dalam kejadian itu, suspek menjerit supaya orang lain tidak mencampuri urusan mereka sebelum menutup pintu dengan lapisan kayu.

Jiran yang bimbang keselamatan mangsa kemudian menghubungi anak lelaki mangsa, namun sebaik tiba keadaan rumah berasap menyebabkan dia terus merempuh masuk menyelamatkan ibunya dan memadam api.

Mangsa yang parah akibat ditikam menggunakan pisau di bahagian tubuhnya oleh suspek kemudian dikejarkan ke HWKKS un…

Bertumbuk kerana terlanggar bahu

Polis menahan 10 lelaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, 3.15 pagi semalam.

Semua suspek berusia antara 15 hingga 37 tahun ditahan selepas memukul seorang lelaki berusia 34 tahun akibat perselisihan faham ketika berhibur di premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian berlaku apabila pengadu yang berhibur bersama rakannya di pusat hiburan berkenaan terlanggar bahu seorang pengunjung.

Katanya, kerana tidak berpuas hati, suspek memukul mangsa dan membawanya keluar dari pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik berada di luar pusat hiburan itu, suspek bersama sembilan lagi rakannya memukul mangsa.

Mangsa kemudian membuat laporan polis, susulan itu sepasukan anggota berjaya menahan 10 suspek yang terbabit dalam kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis akan memohon reman terha…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…