Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 17, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Sebuah pusat jagaan warga emas di sini didakwa mengabaikan penghuninya

Penghuni pusat jagaan warga emas didera?

SEREMBAN - Sebuah pusat jagaan warga emas di sini didakwa mengabaikan penghuninya malah mereka juga dikatakan didera sejak kira-kira dua tahun lalu.

Maklumat itu tular selepas status mengenainya dimuat naik oleh sebuah akaun Facebook, ‘Cik Pah Cik Ton’ yang mendakwa sebagai pembela warga emas sejak petang semalam.

Pemilik akaun tersebut mendakwa, penghuni pusat jagaan warga emas berbayar itu antara lain dipukul, dikurung, dibiarkan kelaparan dan diikat di kerusi oleh penyelia wanita premis tersebut.

Yang menyedihkan, dakwanya warga emas itu juga dipaksa minum air kencing, makan cili dan diberi ubat tidur secara berlebihan.

Sebanyak 16 kematian dilaporkan di pusat itu sejak tahun 2017 dan angka itu dikatakan tinggi untuk sebuah pusat yang dibenarkan menjaga antara enam hingga 12 orang warga emas.

Terdapat dakwaan berlaku kematian mencurigakan melibatkan empat warga emas yang meninggal dunia sepanjang empat minggu bulan Ogos 2017. Bagaimanapun, …

Berhati hati, “Predator” atau pemangsa yang berada diluar sana MUNGKIN sedang memerhatikan anak anda.

Kajian menunjukkan, menjelang usia anak 5 tahun.. ibu bapa secara puratanya telah berkongsi lebih 1500 gambar anak!

Ya, semua ibu bapa memang teruja untuk berkongsi kecomelan anak masing masing, tetapi tahukah anda, bukan semua jenis gambar anak wajar dikongsi.
.
PDRM baru baru ini melaporkan mengenai kehilangan 834 kanak kanak yang tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Berhati hati, “Predator” atau pemangsa yang berada diluar sana MUNGKIN sedang memerhatikan anak anda.

Elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti lokasi sekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain.

Ini mungkin memudahkan “pemangsa” untuk menjejak anak anda dan memanipulasikan maklumat peribadi untuk tujuan jenayah.
.

Jangan hidangkan golongan peadophilia dengan santapan gambar gambar anak anda yang bogel atau separa bogel. Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi.

Selain itu, gambar yang berusur penderaan, penindasan, keganasan malah gambar yang memalukan anak juga tidak perlu dikongsi kepada …

Lima direman Polis ,terlibat kes gaduh di Flat Paya Nahu

Lima direman terlibat kes gaduh di Flat Paya Nahu

SUNGAI PETANI - Lima lelaki berusia 19 hingga 41 tahun ditahan reman empat hari berhubung insiden pergaduhan di Flat Paya Nahu, dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian tercetus apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun cedera di kaki kanan dan luka kecil di siku kanan akibat kemalangan.

Menurutnya, dalam kejadian sama, seorang lelaki berusia 45 tahun luka di kepala dipercayai dipukul menggunakan kayu berpaku dalam pergaduhan terbabit.

"Hasil siasatan awal mendapati, pergaduhan tercetus antara dua kumpulan di Flat Paya Nahu berpunca daripada kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dengan seorang kanak-kanak perempuan pejalan kaki.

"Akibat kemalangan itu, kanak-kanak terbabit luka di kaki kanan dan siku.

"Kemudian datang dua lelaki telah memukul pembonceng motosikal tersebut dan beberapa lelaki lain telah tarik moto…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…