Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 18, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

KES KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH M/KAR HILANG KAWALAN MELANGGAR SEBUAH RESTORAN

SIARAN MEDIA

KES KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH M/KAR HILANG KAWALAN  MELANGGAR SEBUAH RESTORAN

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima maklumat kemalangan pada 18/06/2019 jam l/kurang 1013 malam  dari Pusat Kawalan Daerah Kajang memaklumkan  telah berlaku kemalangan  di Jalan Temenggung 19/9, Mahkota Cheras melibatkan sebuah kenderaan dengan sebuah Restoran.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Assistant Commisioner Polis AHMAD DZAFFIR BIN MOHD YUSSOF  berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku   di Jalan Temenggung 19/9, Mahkota Cheras hadapan sebuah restaurant yang melibatkan sebuah kenderaan jenis perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur lingkungan 73 tahun  yang hilang kawalan semasa ingin memulakan pemanduan kerana menyangka kenderaan masih belum dihidupkan dan kemudian masukkan gear dlm keadaan 'D' dan menekan  minyak sehingga menyebabkan kenderaan itu bergerak terus ke hadapan dan hilang kawalan  lalu melanggar sebua…

RAKYAT Perlis diminta untuk tidak menghampiri perairan dan kawasan pantai

Ribut badai Perlis

RAKYAT Perlis diminta untuk tidak menghampiri perairan dan kawasan pantai sehingga petang esok bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berikutan ribut dan angin kencang yang melanda negeri itu.

Timbalan Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Mejar (PA) Mohd Farid Ishak berkata, sehingga 1 tengah hari tadi paras air laut hari ini mencatatkan paras tertinggi dalam masa tiga hari.

“Paras air laut hari ini mencatatkan pada ketinggian 3.2 meter berbanding semalam, paras itu agak tinggi berikutan kini Perlis berada pada musim tengkujuh yang dijangka berlarutan hingga Ogos depan.

“Malah, kelajuan angin turut meningkat antara 10 kilometer sejam hingga 14 kilometer sejam untuk hari ini.

“Jadi kita menasihati pengguna jalan raya dan nelayan untuk berhati sekiranya menggunakan jalan di persisiran pantai Kuala Perlis dan turun ke laut,” katanya ketika ditemui di perairan Kuala Perlis, hari ini.

Mohd Farid berkata, pihaknya kini sedang bersiap sedia menghadapi …

PELAJAR SEKOLAH TIKAM GURU KAUNSELING - SAMTTAR

PELAJAR SEKOLAH TIKAM GURU KAUNSELING - SAMTTAR

GURU lelaki di sebuah sekolah menengah agama di Kuala Langat cedera ditikam pelajar tingkatan lima sekolah itu semalam.

Difahamkan, mangsa yang juga guru kaunseling sekolah itu masih dirawat di Hospital Banting akibat insiden berkenaan.

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di sebuah bilik di asrama sekolah itu.
Motif kejadian dipercayai pelajar lelaki itu tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan buang sekolah.

“Pelajar itu dipercayai menikam mangsa di tangannya tiga kali,” katanya.

Menurutnya, insiden itu turut tular di aplikasi Whatsapp Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang mengesahkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai insiden berkenaan dan enggan mengulas lanjut.

“Polis masih menunggu keadaan mangsa stabil untuk direkodkan k…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…