Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 24, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

rela dipotong tangan

'Lelaki pokok' rela dipotong tangan

DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh digelar 'lelaki pokok' kerana penyakit dialaminya berkata, dia rela kedua-dua tangan dipotong bagi menghilangkan kesakitan dan penderitaannya.

Sejak 2016, Abul Bajandar, 28, telah menjalani 25 pembedahan untuk membuang 'kulit kayu' pada tangan dan kakinya di Dhaka Medical College Hospital.

Doktor hampir mengisytiharkan rawatan itu berjaya, namun Bajandar kembali dimasukan ke hospital Januari lalu selepas keadannya bertambah buruk.

"Saya sudah tidak tahan. Setiap malam, saya tak dapat melelapkan mata.
"Saya minta doktor potong tangan saya bagi menghilangkan kesakitan dialami selama ini," katanya.

Keputusan Bajandar mendapat sokongan ibunya Amina Bibi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Sheikh Hasina berjanji untuk memberikan rawatan percuma untuk Bajandar selepas masalah dialaminya mengundang simpati di negara itu.

Dia diberikan kabin peribadi bersama isteri dan anak perempuannya se…

Pemandu lalok methamphetamine rempuh dua polis trafik

Pemandu lalok rempuh dua polis trafik

DUA anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam cedera dilanggar seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian 10.45 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun itu memandu Proton Gen2 bersama isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kereta dipandu suspek pada mulanya merempuh seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya sebelum memecut laju kenderaannya.

Menurutnya, beberapa anggota polis kemudian mengejarnya sebelum suspek bertindak menghimpit motosikal dinaiki seorang anggota polis di Bulatan Andalas, Seksyen 18, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Selepas kenderaannya terperangkap dalam kesesakan di bulatan itu, suspek cuba melarikan diri dan meninggalkan isterinya seorang diri di dalam kereta namun cub…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…