Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 27, 2019

Cucu tumbuk nenek hingga lebam

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…

Pekerja kedai berdepan detik cemas apabila disamu

PEKERJA kedai serbaneka 24 jam di Desa Setapak, berdepan detik cemas apabila disamun seorang lelaki dipercayai bersenjatakan pisau, Sabtu lalu.
Dalam kejadian 11.18 pagi, mangsa sedang mengemas ruangan kaunter kedai serbaneka berkenaan dihampiri suspek menyamar sebagai pelanggan.

Sumber berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek dilihat memasuki premis dan ke bahagian belakang kedai serbaneka kononnya untuk mencari barang mahu dibeli.

“Suspek kemudian menghampiri pekerja terbabit lalu mengeluarkan pisau disembunyikan dalam baju dan mengarahkan mangsa supaya menyerahkan wang dalam peti simpanan.

“Mangsa yang ketakutan mengeluarkan wang seperti diarah suspek. Malah, suspek dilihat mengambil beberapa kotak rokok yang diletakkan berhampiran kaunter sebelum beredar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Video dirakam CCTV berdurasi 48 saat membabitkan kejadian itu turut tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Raja…

2 kali Amaran tetap degil ,Barangan dan buah durian disita

Pada tarikh 18/6/2019 (amaran pertama) dan 20/6/2019(amaran kedua) iaitu dua lawatan telah dilakukan oleh pegawai dan anggota bahagian penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh di jalan gopeng, simpang pulai berhampiran gerai limau bali Tambun, 2 kali nasihat telah diberi agar tidak berniaga disitu dan telah dinasihatkan agar berniaga ditempatkan lain yang sesuai, serta memohon lesen buahan bermusim di Majlis Bandaraya Ipoh.

Pada  tarikh 26/6/2019 jam 3.00 petang. Seramai 50 anggota penguatkuasa MBI telah membuat satu operasi menyita peniaga durian tanpa lesen yang masih berniaga disitu. 5 peniaga telah diambil tindakan sitaan setelah engkar arahan yang dikeluarkan dan masih berniaga ditempatkan tersebut yang terdiri daripada 4 peniaga melayu dan 1 peniaga cina serta 1 peniaga air minuman. Manakala 2 peniaga tersebut telah membuat tuntutan ke atas barangan yang telah disita tersebut.

Tindakan penguatkuasaan ini diambil kerana terdapat banyak rungutan berkaitan kesesakan lalulintas disebabka…

Remaja maut selepas main PUBG 6 jam tanpa henti

Remaja maut selepas main PUBG 6 jam tanpa henti

Ketagihan melampau seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) akhirnya mengundang padah apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas bermain PUBG selama enam jam.

Hindustan Times melaporkan, mangsa, Furkhan Qureshi, 16, dari Madhya Pradesh, India, rebah selepas enam jam bermain PUBG pada Selasa lalu, terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Bapa mangsa, Harun Rashid Qureshi berkata, Furkhan mula bermain PUBG selepas waktu maka tengah hari dan berterusan selama enam jam.

"Sebelum rebah, dia menjadi tertekan dan mula menengking pemain lain," katanya.

Pada waktu kejadian itu, adiknya, Fiza Qureshi yang duduk di sebelah mangsa memberitahu bagaimana abangnya melenting sehingga melemparkan telefon pintar dan fon kepala kerana tidak berpuas hati dengan salah seorang pemain yang juga rakannya.

Mangsa kemudian rebah dan dikejarkan ke hospital, namun doktor m…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…