Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 15, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

harus pakaikan anak anda dengan tali pinggang keledar

INI sebab mengapa anda harus pakaikan anak anda dengan tali pinggang keledar betul-betul di atas child seat setiap kali mereka di dalam kereta!

Walaupun mereka meronta-ronta setiap kali dipasangkan, ianya lebih baik daripada anda tidak dapat mendengar tangisan mereka lagi.

Kami tidak pernah menyangka ianya berlaku kepada kami. Perkara ini berlaku ketika kami dalam perjalanan balik ke rumah. Dipersimpangan  lampu trafik, tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan melanggar lampu merah dan bertembung dengan kami.

Anak-anak saya selamat tanpa sedikit pun kecederaan. Namun paramedik menyatakan perkara sebaliknya mungkin berlaku jika saya tidak ambil langkah dua minit untuk memakaikan tali pinggang keledar dengan betul.

Kredit
Jenna Casado Rabberman
.

.
.
Sumber-public health malaysia

Video Semburit: Haziq bersama 5 individu direman 6 hari

KUALA LUMPUR  - Individu yang terlibat dalam video seks bersama seorang menteri kanan Kabinet, Haziq Abdullah Abdul Aziz direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap Haziq  dikeluarkan oleh Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret di sini.

Selain Haziq turut direman ialah lima lagi individu  lain yang kesemuanya adalah lelaki.

Reman yang bermula hari ini sehingga 20 Julai ini bertujuan membolehkan siasatan lanjut terhadap Haziq yang berusia 27 tahun dan lima lagi individu itu dijalankan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 377B iaitu melakukan persetubuhan bertentangan dengan luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi hukuman memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan Haz…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…