Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 31, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Mulut anjing dipakuk guna parang

Inilah keadaan terkini anjing yang dipakuk muncung oleh individu zalim di Sabah Malaysia.

Walau pun anjing telah diselamatkan oleh organisasi haiwan di Sabah. Namun kesempurnaan anjing tidak dapat dikembalikan kepada bentuk asal.

Bagaimanakah anjing malang ini mahu meneruskan kehidupan makan dan minum sehariannya bersendirian?

Pelaku wajib ditangkap segera dan dijatuhkan hukuman seberat-beratnya. Animal Malaysia tetap dengan pendirian agar Akta Kebajikan Haiwan 2015, Enakmen Kebajikan Haiwan Sabah 2015, Enakmen Kebajikan Haiwan Sarawak 2015 dipinda dengan memasukkan hukuman penjara berserta hukuman sebat mandatori terhadap penzalim haiwan di Malaysia yang telah sampai ke kemuncak amat zalim.
.
.
Sumber-Fb persatuan haiwan malaysia
.
.
#999malaysia
.
.
Muncung muka anjing dipakuk kerana kemarahan penduduk yang mengatakan anjing sering berkunjung kekediamannya untuk mintak makan. Saksi mengatakan ianya berlaku di Sabah, Malaysia. Namun pelaku masih gagal dikesan.

Pelaku zalim ini bukan…

Padah bergurau kena culik

Gurau jah kena culik !!!

Semata-mata mahu bergurau dengan rakan, remaja lelaki membuat laporan palsu mendakwa dia cuba diculik seorang lelaki bertopeng yang keluar dari van putih bercermin gelap di Kubang Kerian, Kota Bharu, malam tadi.

Remaja berusia 13 tahun itu mendakwa kejadian berlaku 7.30 malam ketika dia menunggang basikal dari rumah rakan untuk pulang ke rumahnya di lokasi berdekatan sebelum baju ditarik lelaki tidak dikenali.

Namun, lelaki itu didakwa gagal sebelum remaja itu membuat laporan polis kononnya cuba diculik.

Kejadian itu tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak malam tadi yang membuatkan ibu bapa dan masyarakat risau dengan keselamatan anak-anak mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, polis menerima laporan yang dibuat remaja itu yang mendakwa dirinya diculik.

Katanya, siasatan dijalankan mendapati tidak wujud dan tidak berlaku kejadian seperti mana yang ditularkan itu.

“Pelajar berkenaan sudah diambil keterangan d…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…